Isnin, 13 Ogos 2012

inilah hakikat percintaan ku setelah 2 tahun 4 bulan.

wahai si teruna,
ayat mu makan dalam,
hati terluka jiwa tersiksa,
bukan kau yang merasainya,
mulutmu amat berbisa,
sanggup melakukan sedemikian rupa.
pada insan yang selemah ini.

wahai si teruna,
apa maksudmu berbicara,
mengenainya yang telah lama ku lupa,
lupakah kau insan yang ku cinta,
hingga ku rasa diriku tidak berguna,
setelah engkau mengata di yang ku punya.

wahai si teruna,
satu realiti telah ku lepaskan,
tanpa disedari bukan itu maksud yang sebenar,
hingga kau mencari kepastian cinta,
yang telah lama tersemat dijiwa terluka.

wahai si teruna,
hatiku tiada di hatimu lagi,
setelah realiti terhampar keluar,
kerana telajak kata tidak boleh diundur,
tiada yang bisa kembalikan lagi,
jiwa yang kosong menjadi tenang.

wahai si teruna,
jangan kau tambah luka yang ada,
bagi kesempatan agar aku dapat merasa sayang,
kerna aku ingin mencari ketenangan,
dalam hidup yang hanya sementara,
bagi menambah iman menjadikan aku rasa kembali sayang.

wahai si teruna,
berhentilah dari berlari,
aku tidak larat berlari lagi,
biarkan aku bersendiri,
mencari damai dalm kehidupan,
kerna mungkin ini jalan terbaik,
untuk kita kembali tenang tanpa pergaduhan.

wahai si teruna,
semoga kau bahagia,
hanya itu yang ku mampu,
kerna ku rasa mungkin kita tiada jodoh,
kau pasti dapat yang lebih baik,
seperti mana yang kau inginkan,
kerna aku tak bisa menjadi seseorang yang seperti kau inginkan,
kerna aku hanya aku,
tak bisa menjadi orang lain,
kerna aku tetap aku.

0 comments:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates