Isnin, 21 Mei 2012

CATAN
MONDAY, AUGUST 24, 2009
SEJARAH CATAN CAT AIR
SEJARAH DUNIA
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera.

Greinburg in Grein watercolor 1910

Albrect durer, “a young hare”(1502)

Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstrak dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.
Laju pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan, teknologi dan industri dewasa ini memberikan pengaruh yang sangat besar bagi hidup dan perkembangan budaya bangsa, termasuk didalamnya berbagai bidang seni rupa, mengkhususkan lagi dalam seni lukis dan senimannya. Berbagai hasil produk hadir di dunia, didalam seni lukis saja misalnya dapat kita jumpai berbagai jenis cat air yang kesemuanya ini merupakan produksi yang gemilang dari perusahaan industri moden.Cat air mempunyai sifat-sifat dan keistimewaan tersendiri yang padanya tersimpan potensi-potensi artistik. Akan tetapi seperti telah kita ketahui , cat air juga telah dilupakan oleh seniman-seniman. Dengan demikian makin berkurang hasil karya lukisan cat air, dan seandainya ada maka terbatas pada karya sebagai studi dalam lembaga pendidikan sebab dipandang lebih praktis, murah dan ekonomi.
Akan tetapi terjadinya karya seni bukan hanya melimpahnya material yang tersedia, suatu karya seni dapat terjadi, jika seniman kreatif dalam penyampaian idea, kemampuan teknik yang sempurna, ketajaman persepsi, kedalaman intuisi, imaji dan mampu menggetarkan jiwa serta yang paling asas adalah suara batin seniman itu sendiri. Memang cat air hanya material biasa. Hal ini kerana tak akan bererti jika seniman tidak mampu mengolahnya sehingga karyanya yang jadi tak lebih hanya sekadar komposisi.
Keberhasilan pelukis masa lampau seperti Turner, Constable John Marin, Wassily Kandinsky, Affandi, Ruslikemudian lebih jauh lagi seniman Tiongkok mereka mampu menguasai teknik. Dewasa ini yang menjadi persoalan ialah mampukah para pelukis mem”peribadi”kan dirinya dalam lukisannya ? disamping ia harus sanggup menentang segenap persoalan yang tumbuh dan berkembang sebagai akibat meningkatnya perkembangan teknologi dan industri moden apabila hanya menggunakan material cat air, sedang dilain pihak produksi cat minyak berbagai jenis lebih unggul dan daya tahannya yang merupakan tandingan cat air. Akan tetapi cat air mempunyai kesan yang khusus yang tidak dapat dicapai cat minyak. Nilai transparan yang sangat lembut meliuk, warna dof, texture semua yang dapat dicapai satu kali sapuan kuat memberi kesan estetik yang sulit dicapai material lain.
Dalam seni lukis khususnya cat air tidaklah begitu penting kerana seniman lebih cenderung mengekspresikan idea-idekreatifnya dengan material yang lebih relevan. Kenyataan menunjukkan bahawa cat air semakin terpisah dan hanya dilakukan sebagai pelajaran di sekolah.
Perkembangan
Cat air sudah lama dikenali sejak beberapa abad yang lalu dan bukan merupakan material yang baru. Hal ini dapat kita buktikan pada lukisan cat air pada dinding semen yang tetap tahan iklim kering, walaupun dapat dimusnahkan dengan menyapukan span basah pada permukaannya. Perkembangan cat air yang dihasilkan tidak hanya terbatas pada satu jenis saja melainkan sudah pelbagai cat sintetis, acrilik dan cat tembok yang merupakan produk terbaik di abad ini, bersama munculnya pelukis dari berbagai golongan dan negara terutama dari negara barat, dengan berbagai corak lukisannya memberi makna yang bererti bagi perkembangan seni lukis cat air.
Dari abad ke abad perkembangan cat air semakin menurun dan makin berkurang produktivitas lukisan cat air, ditambah makin meningkatnya produksi cat minyak. Di Indonesia masih dapat disebut beberapa tokoh yang melukis dengan cat air. Mereka ialah :Raden Abdullah, Rusli, Zaini dan pameran lukisan studio lukis cat air berbentuk perkembangan.
SENI CATAN CAT AIR DI TANAH AIR
TAHUN 1930
Era perkembangan seni catan Malaysia bermula pada tahun 1930.pelukis cat air pulau pinang menjadi perintis catan moden Malaysia.Abdullah Ariff ,Yong mun sen,Kao ju ping,khaw sia,dan tay hooi keat mengubah seni tradisi yang bersifat abstrak kepada seni moden melalui konsep pembuatan,iaitu penyerapan pengaruh penjajahan terhadap seni yang bertemakan pemandangan alam tempatan dan aktiviti harian melalui media cat air.Sapuan berus basah digabungkan dengan ciri impresionis ,cenderung merakamkan kesan cahaya dan bayang yang transperensi kelam di samping menggunakan warna yang harmoni dan bertindan.Antara karya yang menonjol pada era ini termasuklah pemandangan di tepi sungai,kawasan lombong,dan dalam hutan serta tepi pantaiyang dirakamkan oleh Abdullah ariff.

TAHUN 1938
Setelah lahirnya seni cat air pulau pinang ,seni nanyang yang dipelopori oleh pelukis cina mula berkembang di singapura.”Nanyang” bermaksud golongan pelukis yang berasal dari china dan berhijrah ke asia tenggara pada awal tahun 1938.Pelukis ini kebanyakkan mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap gaya seni cina dan barat menerusi pendidikan formal seni lukis di china dan telah menubuhkan akademi seni halus nanyang di singapura.Kebanyakkan pelukis nanyang ,seperti cheong soo peing dan chen wen itsi,yang menghasilkan karya kombinasi stail barat seperti impresionisme,post impresionisme,fauvisme,dan kubisme,di samping teknik kaligrafi cina yang spontan dan ekonomi dengan stail horizontal dan monumental.contoh karya,perkampungan nelayan,dilukis dia atas rice paper oleh cheong soo peing.
Sifat dan teknik cat air
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.
Cat air memiliki sifat-sifat transparan dengan warna-warna lembut dan menarik dan mempunyai ciri khas yang menandai dan menentukan baik teknik mahupun sebuah lukisan. Mengenai sifatnya lambat kering, iaitu tidak bererti bahawa pelukis harus bekerja dengan perlahan-lahan. Lebih dari itu cat air tidak mudah menutup, sehingga tidak dapat menghilangkan warna dasar sifat, oleh demikian tidaklah mudah untuk diatasi, jika tanpa latihan yang tekun dan baik, sebab selain bakat latihan juga menentukan berhasil tidaknya penguasaan teknik untuk suatu konsep yang diciptakan. Maka tidaklah mudah kita bayangkan jika kita akan melukis dengan cat air. Dan adalah tugas seniman kreatif untuk mengenal, menghayati, mengetahui dan menguasai agar dapat mewujudkan ide-idenya.
sifat-sifat cat air sebagai berikut :
1. Cat air mempunyai sifat harus dicampur dengan air.
2. Cat air mempunyai sifat lambat kering sehingga memungkinkan ekspresif spontan.
3. Cat air mempunyai sifat tidak menutup, sehingga tidak dapat menghilangkan warna dasar.
4. Cat air mempunyai sifat transparan.
5. Cat air mudah terpengaruh oleh suasana sekitar, baik mengenai kelembaban udara, kekeringan ataupun air dan masih banyak sifat lainnya.
Teknik Basah Atas Kering
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.
Campuran Warna
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
Cara
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.
Teknik Basah Atas Basah
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.
Campuran warna
Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.
Cara
Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.

Teknik berus kering
Ciri-ciri
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.
Campuran warna
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.
Cara
Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

Teknik Kecatan
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.
Campuran warna
Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.
Cara
Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.
Dengan mengenal sifat-sifat tersebut diatas, maka seorang pelukis paling tidak mempunyai bekal dalam menggunakan media ekspresi dalam melukis. Sifat material ini akan menentukan teknik, dan teknik akan dipengaruhi alat. Variasi-variasi dan metode-metode sangatlah banyak, pelukis Amerika sering mengelompokkan metode dengan mengklasifikasikan metode basah dan kering. Berbagai teknik yang merupakan landasan untuk berkarya bagi pelukis dapat kita saksikan pada pameran studio lukisan cat air ini dengan berbagai eksperimen bahan sejenis cat air, yang mempunyai sifat-sifat yang spesifik, yang tidak dimiliki media lain demikian pula menggunakan tekniknya.

KAJIAN TEKNIK PENGHASILAN CATAN CAT AIR
Terdapat beberapa kajian teknik penghasilan catan cat air.Antara kajian yang dibuat berdasarkan kepada teknik yang sering digunakan dan popular dalam kalangan pelukis amatur mahupun master.Antara tekniknya ialah teknik basah atas basah,basah atas kering,kering atas basah dan kering atas kering.

BASAH ATAS KERING

KERING ATAS BASAH

KERING ATAS KERING

BASAH ATAS BASAH

PROSES KAJIAN PADA KARYA YANG DIHASILKAN
Tarikh:08 / 08 / 2009
Masa:3:30 ptg – 5:00 ptg

Ulasan: proses lakaran dan mewarna dilakukan dengan penuh teliti dan penggunaan warna agak
Kaku dan kurang berkesan dari segi penggunaan teknik

Tarikh:15 / 08 / 2009
Masa:8:30 pg – 9:30 pg
Ulasan: melakukan karya kedua,masih terdapat kekurangan dalam penggunaan media cat air
Dalam kawalan warna dan sukar untuk menghasilkan baying di permukaan
yang terlindung

Tarikh: 21/3/2009
Masa:1:15 pg – 2:45 pg
Ulasan: pengunaan warna pada latar dan kesan kawasan tanah rata kurang memuaskan memuaskan dan penggunaan warna tidak rata pada permukaan kertas

0 comments:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates