Isnin, 21 Mei 2012

kebahagiaan nestapa

air tenang datangnya ombak,
kasih sayang didatangi pergolakan,
wujud cinta yang porak peranda,
hilang arah dan tujuan pula,
cinta kerana ALLAH mudah di lupa,
baik kau berterus terang saja,
agar aku tidak kecewa di kandung duka.

hati terluka tiada terperi,
jika mendampingi tiada pengganti,
hati terus di sakiti,
tiada yang mempeduli,
hanya doa penawar luka,
engkau pergi terpaksa ku rela,
akan ku simpan segala suka dan duka,
menjadi kenangan terpahit di jiwa,
kerana engkau insan ku cinta.

siang dan malam aku berdoa,
agar engkau tidak ku lupa,
menjadi penyeri walaupun sementara,
tiada ku lupa mana datangnya,
Tuhan menjadi saksi perhubungan kita,
maafkan aku jika kau terluka,
bukan ku sengaja mencari duka,
tapi buat menguji kesetianmu itu,
akhirnya aku memahami isi hatimu,
aku tidak lagi mendapat tempat itu,
biar aku simpan saki baki kasihmu,
akan ku anggap ia satu ujian bagi diriku...

salam sayang ucapan terakhirku,
dikau berada di hatiku dulu,
sudah ku anggap kau cinta matiku,
tapi kita berpisah jua,
kerana keegoanmu ku terima padahnya.

aku masih menyayangimu lagi,
aku terpaksa melakukan ini,
bukan untuk meminta simpati,
tapi untuk melemparkan rasa bersalah,
 yang telah lama terpendam.

mengapa kebahagiaan hanya sementara,
di kala aku kesepian kerinduan,
diberi tangisan kehibaan,
kerna ini yang ku dapati,
sedangkan hati ini sudah berjanji.

hati terluka bukan badan jadi taruhannya,
apa guna bermain api untuk mencederakan diri,
tiada guna kau terus memperbodohkan dirimu,
kerana itu bukan jalan berjaya,
menyakiti diri ibarat tiada akal yang bijak,
Tuhan maha penyayang,
mintalah bantu pada Tuhan yang satu,
hanya dia penawar bagi segala luka,
jangan pula menyombong diri,
kelak binasa engkau yang rugi.

bila cinta dan benci bergabumg dalam hati,
berlawan sesama sendiri,
hati kata cinta dan sayang,
mulut kata benci,
berlawanan otak bisa gila memikirkan,
menjadi orang waras tak siuman,
itulah cinta buta diberi gelaran.

bila cinta kini tak lagi bermakna,
yang ku rasa kini hanyalah nestapa,
kau tinggalkan aku keseorangan,
perginya cinta menusuk hati,
hingga ku merana dalam tangisan,
aku di pinggirkan tanpa alasan,
perasaanku kau mainkan,
indahnya katamu,
dusta yang kau tabur,
akhirnya kau pergi tinggalku sendiri,
dalam ku sendiri aku terluka.

kepayahan hidup di balas jua,
kasih nan pergi hampa pun tiada,
eratkan kasih antara kita,
redup mata memandang wajah.

segenggam rindu jadi selaut duka,
kemana kau pergi tnpa ku di sisi,
tinggalmu membawa diri dan luka,
birkan aku sendiri tanpa hala tuju malah derita,
inikah yang layak untuk aku kecapi,
impian dalam dunia ku sendiri,
sedang aku setabah dukaku menampung rasamu.

coretan: miela_ps 05 s.m.k. benut 2012...

0 comments:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates